Recap Video Memoria 2016
Sebagai kenangan terindah dan penutup 2016
Semoga kita akan terus maju jaya terus kehadapan untuk tahun-tahun seterusnya.




Persiapan


Tidak le vugas sangat sebab sakit dah 2 hari sebelum marathon.. jadi jiwa tiada keseronokkan nak berlari2 ayam.
Apa pun
baju ada
Seluar yang adooo
Kasut adooooo
Pouch adoo beli kt daiso jer pouch lama beli mahal-mahal koyak juga!!. 



baju ,seluar & kasut



Kawan-Kawan/Sahabat/Partner

Kalau nak marathon pastikan kita mempunyai kawan dan pergi beramai-ramai kalau terjadi apa-apa pun adalah orang yang boleh dihubungi. Bila pergi ramai-ramai barulah ada semangat sebab masing-masing nak sampai kegarisan penamat dengan jayanya..chehwah!!






Kita makan pisang dulu bagi tenaga thanks to our nutritionist jessica



Candid-candid di booth

Memang meriah Women Health night run punya program..ada lucky draw, peraduan macam-macam lagi yang paling hot adalah booth untuk posing ala2 model  front page magazine. 

Memang beratur panjang ok!! siap hujan rintik-rintik lagi.Tidak salahkan nak tangkap gambar buat kenang-kenangan :P.





Posing maut sikit





Jessica

Mimi

Peraduan 

Ummm dah byk booth apa lagi try nasib mana tahu kalau dapat menang penerbangan percuma bersama Etihad. Cuma candid 1 gambar dengan gaya yoga...dan # tags ke Instagram Etihad.

Kawan-kawan mencuba nasib deela hanya sebagai jurufoto jer :(


Go girl!!!!!

 Start / Finish Line

For Night Run kali ini ada 2 starting line pastikan anda tahu dimana kedudukan anda yaa!!! jgn join 5km lari dekat 12km punya start line..:P

Deela & Jessica (5KM)
Mimi (12KM) - mimi ratu marathon..12km apa ada dia..no hal!!!

Our geng!!!! kita redah ...






Nampak tu siap ada media lagi  fokus kt kitaorg




Warm up

Ok sebelum nak berlari itu pastikan otot2 semua dah ready nak bekerja keras untuk 5km nanti..pastikan warm up dan stretching dengan betul takut nanti tetiba kejang kaki pula..sapa nk tolong ???? terkubur misi nak sampai kegarisan penamat.


Bersiap warm up semua

Yeah bersedia!!!!

Lagi 15 minit kami nak berlari, apa lagi beratur semua!!!! menunggu giliran..
peserta 12km dilepaskan awal setengah jam dari kami sementara menunggu, apa lagi posing dulu.


muka  berdebar-debar 
Deela memang tidak sihat tambah pula semasa sampai di Putrajaya, hujan pula..semasa berlari (gambar tidak dapat diambil demi keselamatan hehe)  jessica meneman deela dan sentiasa disisi hehe...dia memberi semangat dengan mengira lagi berapa KM hendak sampai kegarisan penamat..

Tq jessica i luv u..




 Yeahhhh done!!!5KM!!

Yeah akhirnya selamat sampai kegarisan penamat dengan jayanya..kami berjaya sampai dalam masa 50minit(lamanya) hehe....untuk record deela pernah mencapai 25-30 minit sahaja..x pelah demam + dah lama tidak lari hehe.....



yeah muka setelah sampai kegarisan penamat 



Reward yourself 

Setelah kami berjaya menamatkan larian 5km & 12km apa lagi kita reward diri kita dengan ber- selfie banyak-banyak.!!!! bersama award ceh wah budget ahli sukan dapat piala emans sukan olimpik!!!


Pemenang sukan olimpik





Yeah hilang penat bila candid





Posing-posing with kenalan baru disana

Overall

Pengalaman yang berharga bersama teman-teman. Memang enjoy!!!Looking forward nak join marathon lagi lepas ini...:P Lepas marathon makan nasi goreng tomyam lagi ambik kauu!!! sia-sia jer lari tadi tambah calori balik. :P (jgn tiru).













Hello2 semua..
Haa terjebak beli online. Mana tidaknya jiran sebelah meja bagitahu, "Deela,deela ada lipstick murah ada sales kt hermo...Revlon Colourstay RM14.00 jer..

What!!! tercegang jap apalagi terus key masuk website Hermo.




Taken With Webpage Screenshot


Murah gila kan....Satu RM14.76 belian kedua setengah harga...
Apa lagi belilah kan jari jemari dah gatal sangat nak tekan ni.








Deela memilih code #030 - High Heels
Zira memilih code #060 - IT Girl









Wow cost dua org + postage  = RM13.73





Yeah dah sampai 






Beli 18/3
Received 20/3
Memang cepat yeahhhh apa lagi melaram sekejap.


Me with High Heels

Please ignore muka tak cukup tido berserta jerawat 








Pengalaman Sendiri&Gemuk!!!!kamu ni berisilah tapi bukan gemuk sangat!!!. Itulah yang sering didengari di telingaku. Ada pula kawan-kawan yang perli memerli pedih telinga kita, asyik kena perli je kan..ummmmm
Dari aku mengeluh baik aku tunjukkan sesuatu pada diri sendiri yang aku mampu mengubahnya sendiri..so let's go. 



Me before diet

Pemakanan

Ini langkah pertama yang perlu kita lakukan bila nak mula berdiet. Kalo langkah ini anda skip memang tidak akan berjayalah usaha anda yea. Diet tidak bermakna anda tidak makan..atau menahan lapar, jangan salah konsep yea.


Dulu :-

Pagi - Bihun Goreng  + Nescafe
Tengah Hari - Nasi + Lauk Pauk + air berkabonat
Petang - Junk Food + Nescafe
Malam - Nasi + Lauk + air berkabonat
Lewat Malam - Kadang2 makan nasi lagi....errrghh



Sekarang :-


Pagi- Kuih 2 atau 3 Biji @ Buah + Milo
Tengah Hari - Lauk Sahaja ( ayam + Sayur) + Green Tea secawan + buah
Petang - Tea + Roti 2 Keping
Malam - Sup sayur atau bihun sup

* bagi menu malam selalunya deela masak sendiri.  



Ayam Grill menu kegemaran ketika ini

Capati wrap

telur hancur, bawang dan sos sebagai perasa




Air Kosong + Green Tea

Minum air kosong dengan bergelen2 banyaknya ia..hehe deela akan minum 2 gelas green tea sehari untuk detox.




My Fitness Pal

Berdiet tanpa mengira jumlah kalori seharian tidak akan membantu anda untuk menguruskan badan dengan betul. Disini deela ingin tekankan kebanyakan kaum wanita diluar sana sangat obses untuk berdiet tetapi banyak dikalangan kita menahan lapar skip waktu makan dan berharap berat badan akan dapat turun dengan cepat. Konsep ini salah. 

My Fitness Pal banyak membantu deela dalam membuat pengiraan jumlah kalori yang deela ambil seharian.  Untuk menurunkan badan badan sebanyak 10kgs sebulan deela hanya perlu makan 1450 kalori sahaja sehari. 

Memang payah setiap benda yang ditelan harus dikira . Tapi nk kurus secara sihat tiada jalan pintas yea. 



My Fitness Pal Apps







Bersenam

Part ini mesti ramai yang malas nak buat..kan? Diet yang seimbang adalah menjaga cara pemakanan dan bersenaman. Jika dulu semasa dibangku sekolah deela adalah juara 100 meter yea..hehe makin lama makin malas bersenam apa lagi bagai dipam-pam badan ini.

Pada permulaaan deela start jogging seminggu sekali selepas itu momentum pun dah cantik,  jogging 2x seminggu dan akhirnya menjadi rutin 3 x seminggu. 

Jogging adalah medium yang paling senang untuk bersenam serta tiada  kos yuran. 






Hello




Minggu pertama 1KM

Minggu ke 2 -3 (2-3KM)


Minggu ke 4 mula menjinak-jinak 4km - 5km








Selain berjogging kita kenalah mencari altenatif senaman yang lain. Badminton adalah sukan kegemaran deela. Dengan sokongan kawan-kawan yang ingin menguruskan badan sekali apalagi kami pun sewa court badminton selama 2 jam seminggu.  Ditambah dengan aktiviti memanjat bukit sebagai senaman sampingan. Berpeluh-peluh dan termegah-megah  pada permulaan akhirnya selamat juga sampai ke garisan penamat.
















Inspirasi


Izabel Gourlet


Jadikan seseorang sebagai inspirasi anda dalam misi untuk menguruskan badan. Deela memilih Izabel Gourlet seorang model terkenal yang sentiasa memperagakan jenama Victoria Secret. Dia seorang yang cergas dan akan sentiasa bersenam tidak mengira dimana sahaja dia berada. Bila tengok teknik2 senaman beliau dari akaun instagram bertambah-tambah tekad deela untuk terus bersenam. U GO GIRL






Salah satu teknik senaman izabel


Berkawan dengan sahabat yang memberi galakan positif

Bila kita ingin menguruskan badan kita perlu keliling dengan orang orang yang memberikan semangat bukan yang suka menjatuhkan kerana mereka ini yang akan menjadi semangat dan memberi dorongan. Sebagai contoh kawan deela, mimi dia ini jaguh marathon hampir byk marathon dia dah sertai so setakat lari 5 km sehari tidak menjadi masalah untuk dia. Jadi deela akan pergi jogging dengan dia lagipun kami rakan karib dioffice, lagi senang nak set time.

Mimi juga banyak membantu deela cara untuk berjogging dengan betul. Selain itu dialah yang rajin megajak deela kesana sini beriadah bersama sambil bersenam.





Me and Jessica mempunyai misi yang sama

Mimi si motivasi



Keazaman jatuh dan bangun

Kejayaan kita hari ini adalah atas usaha yang lepas. Untuk kurus tiada  jalan pintas . Ramai orang diluar sana berharap dengan tidak bersenam kita akan turun berat badan dengan cepat. Jenis macam deela ini memang kena bersenam baru nampak result..pada satu ketika deela merasakan amat down sebab bukan senang nak maintain menjaga pemakanan serta bersenam tambahan pula sibuk bekerja menjadi faktor sindrom kemalasan melanda.

Jika dilihat deela kini dan dahulu banyak perbezaan tapi tidaklah dianggap sudah kurus, deela mempunyai misi untuk menurunkan berat badan lagi 5-7kg barulah mencapai tahap BMI yang sesuai.

Ketika ini deela sudah tidak jogging hampir sebulan akibat legimen lutul yang koyak disebabkan berlari sehingga kecederaan yang dialami pun tidak diambil peduli, sampai satu tahap kaki ini sangat sakit dan terpaksa pergi ke klinik. Doktor mengesahkan legimen deela koyak akibat berlari tanpa rest day. Ini adalah cabaran buat deela.  Deela akan kembali beraksi minggu depan dengan menyertai fun marathon di putrajaya bersama teman-teman.

Semoga deela sembuh dari kecederaan secepat mungkin...amin.






Deela  2 tahun yang lepas (2013)
December 2013


December 2014

Now 2015 ( February) 
Tiada siapa yang mampu mengubah nasib seseorang jika kita sendiri yang tidak mahu mengubahnya. Tujuan deela adalah untuk berkongsi pengalaman berdiet yang sihat untuk anda, Jangan risau tentang berapa KG yang kita turun..tapi yang penting kita menjalani gaya hidup yang sihat .

Good Luck Semua. 

XoXo
Deela
13/3/2015






Bagi deela yang pagi-pagi nak bangun dan bersiap-siap makeup untuk pergi kerja memerlukan masa yang lama. Oleh itu untuk mengelakkan dari membuang masa apa kata pek sahaja makeup, ada masa kita makeup je dalam kereta. Sapa pernah buat macam ni angkat tangan.

Dari opis nak ke tempat kerja pun dah 21 km belum tambah jalan jem lagi..penatkan?


Ok apa yang deela bawa hari-hari keopis??




1. Compact Power

Ok..Mac pot dah habis ceritanya nak cari bedak budget nak ke opis hari-hari so ini yang lebih sesuai untuk kegunaan hari-hari harga pun tidak mahal sangat but still bagus coverage dia.

Bedak Miyami 


2.       Blusher


Deela finatik dengan Nyx punya blusher, color2 dia semua terang dan tahan lama harga pun not bad..dekat rumah je ada 4 blusher NYX tapi untuk kegunaan hari-hari dan kepejabat dusty rose is the best choice. 


Tidak perlu diperkenalkan lagi nars orgasm adalah kegilaan puteri2 makeup. Bila dapat tahu jer nars buka cawagan di pavilion terus pergi grab orgasm ini. Colour dia tidaklah terang sangat tetapi yang penting dia memberikan kesan glow yang hebat. (must have!!!!)







Nyx (Dusty Rose) & Nars Orgasm








3.  Lipstick 


Mac matte lipstick must have product!!!! Selain colour yang terang dan cantik efek matte adalah kegemaran deela. 


Nyx soft matte janganlah cakap, tengah menjadi  kegilaan pompuan-pompuan diluar sana sekarang ini. Kalau anda kaki sephora, anda akan dikecewakan selalu..sebab stock selalu kosong je ..tolong tambah yea ...aku bosannnnnnnnnnnn (must have!!!)



Nars - Yu pencil lipstick antara colour best seller.  Colour fursia yang akan memukau sesiapa yang memakainya.



Kiss Proof No 3 - Kalo sesiapa  yang nak matte efek dan tahan lama memang anda amat memerlukan lipstik pencil ini.  Pilihan Colour no 3 ini ala2 colour vampire gitu.. tengok neelofa pakai jenuh pusing sephora mencari-cari colour seakannya... dan akhirnya saya jumpaaaaaaaaaa ok..RM10 je tidak payah  beli MAC dalam erti kata lain jimatttttttttttt:)







My Fav Lipstick (must have guys!!)



Mac Flatout Fabulous & Nyx Instanbul & Milan




Nars - YU & Kiss Proof no 3










4. Eyebrow pencil


Eyebrow ini part yang paling deela cerewet sikit. Cari punya cari brand2 yang high-end pun tidak dapat mengalahkan product must have ini.. eyebrow pencil eliefar dari daiso..RM5 ringgit je pasti kening anda terukir cantik sampai ke malam.  


Ini old time fav - Daiso RM5 ringgit je






5. Eyeliner 


Hello si mata cantik... untuk mendapatkan efek terang deela sentiasa mengunakan 2 eyeliner ini serentak untuk mendapatkan cat eyes yang cantik dan tahan lama tanpa comot. :)





Hyper Sharp Liner - Maybelline

Nyx eyeliner - Nior









6.   Brush Makeup



Brush makeup amat diperlukan ia walaupon ada yang lebih selesa mengunakkan tangan. :) 



Dari atas - Kabuki brush (Bare Mineral) , Daiso , Elianto, Mac 217 (must have), Eye blander ( Sungai Wang Plaza) 




7. Eyeshadow 


Urban decay dua product ini must must have..... kalo anda memang kaki pakai eyeshadow anda memang memerlukan eyeshadow primer ini untuk mengelakan mata anda comot dipenghujung hari . 


Naked pallet memang tidak perlu  nak bercerita panjang tentang kehebatan product ini..siapa kaki makeup memang memerlukan product must have ini. Bagi anda  yang seorang on the go, anda tidak memerlukan pallet yang besar untuk kesana sini cukup dengan naked basics sahaja anda mampu mendapatkan mata yang menawan dengan 6 earth colour tanpa kilatan.. pasti mata anda bak mata seorang supermodel :) 









LALALA... dan hasilnya

Memang over but  itulah saya :) 



Look ini menggunakan makeup2 diatas :) 





** Tips dari deela ~ anda boleh menggunakan eye primer di kening sebelum menggunakan eyebrow pencil bagi mengekalkan lagi eyebrow anda sampai kemalam. ..cuba yea  hasilnya mengagumkan :)