Universal Studio Singapore (trowback)

, , No Comments

Selfie yang dipenuhi orang dibelakang


Nie kisah trowback sebab dah lama x "berblog" akibat kesibukan yang luar biasa cehwah ayat x boleh blah. Orang yang nak pergi sangat tue sape lagi adindaku yang 2 orang tue. Excited terlebih sampai siap buat group dlm whatapps "mission to uss". 

Beli ticket digroupon



Dijadikan kisah masa time2 nak pergi, groupon pun buat offer so apelagi cepat2ler pergi memborongkan. Senang sikit beli siap2 tak ler smpai sana melopong nantikan. Kira kami pergi dalam bulan 12 tahun lepas. Bulan 12 ok sikit sebab duit tengah kepul almaklumlah baru dapat bonus apelagi kite kasi habislah kan. 
Part ni paling best sekali sehari sebelum nak ker Johor Bahru, adik deela yang no2 tue muntah tak henti2 aihhhh potong mood betul. Tapi doa2 gak ler esok dia ok.

Hari yang dinanti telah tiba..aikkk minah nie muntah lagi, tak boleh jadi mak deela ajak kami empat beranak ke hospital. Kami pun pergilah ke Hospital sementara dia masuk air deela dan mak bergegas pergi ke puncak alam nak ambil adik deela yang kecil sekali diUITM sana..rushing giler bawak kereta pun dh macam formula 1. 

Mood kami semua down tengok adik deela, diyana yang tgah masuk air lagi, mak,abah,nadira dan deela pun balik umah. Seelok sampai jer depan pintu rumahku..aikk minah nie phone lak cakap dh boleh kuar, mintak kuar cepat almaklumlah dr tue kawan dia masa study kt UM tue. Bergegaslah kami balik ke Hospital. 

Diyana yang pagi tadi muntah mcm org giler, dia lak excited nk pergi..aishhh budak nie kami pun 5 beranak pun lebuh ler ke JB sampai ler kami di JB dalam pukul 8 malam. Apalagi kami terus menuju ke Hotel yang telah ditempah.

TUNE Hotel JB

Pegang boleh bukak tv x boleh kalo nak sila tambah duit

Disebabkan kami memilih untuk menaiki bas ke singapura kami memilih hotel ni, sbb mereka menyediakan bas terus ke USS. Tak silap deela masa booking hotel tue boleh beli sekali ticket bas. Disebabkan kami telah lewat sampai kaunter ticket bas pun dah tutup jadi kenalah bagi2 buta esok pergi reedem kt kaunter mereka. Jangan risau kaunter mereka bawah hotel nie jerr haa. 

Paling best hotel kt sini kalo nk aircord tambah duit, nak tengok tb tambah duit, nak wifi tambah duit ikutkan semua tambah duitlah nasib adik deela dh beli siap bilik dengan aircond.
Bilik kompak tapi menarik dan kemas ala nk tidor je kan nk 5 star buat ape. Tilam pun best. 


Hari Bersuka Ria telah tiba


sempat selfie sementara tunggu bas tak kunjung tiba.



Hari ini pukul 6 pagi dah bangun siap-siap cepat sebab nak reedem ticket pukul 7. Tunggu punya tunggu x sampai dekat pukul 8 jugak ler kami bertapa kat bawah nie.  Akhirnya bas pun tiba kami dapat menaiki bas pertama.  Akibat kepenatan turun bas naik bas sbb nak chop passport akhirnya kami terlelap dalam bas setelah memasuki Singapore adalah dalam 30 minit perjalanan dari tambak johor.


Kami sampai Hoyehhhh


Wajib ambil gambar globe nie famous seantero dunia

Wajib ambil gambar sekali bukan senang hero sorang tue nk pandang kamera

Budak excited nak masuk madagascar


Shrek 4D menarik ngn kerusi-kerusi bergoyang



Jurassic Park best giler!!!

The mummy return pun best tapi x sempat masuk manusia ya ramainyer

Tak yah pergi mesir kt singapore pun adooo ala2 habibi ya maulana

Ambil lagi byk2 gambo kt globe asyik ade org jer yg kt belakang tue 

Abah hamboi 

Lapor masing2 rasa mcm tut harga sorg mkn boleh cover 5 orang mkn so kalo 5 org mkn boleh cover brapa org cer darab

Ala-ala kt mesir gitu.








Shopping jangan x shopping muka pun dah sememeh habis ler duit dalam RM500 ringgit mana tak nyer beli tshirt dh 3 helai budget kaya nak bagi cenderamata tak tau duit kita kecil, tapi apesalahnyer kan bukan kita nak pergi lagi pun seumur hidup sekali jelah kot. 

Lagi gambar :- 














Dan inilah akibat berjalan sakan sampai nak angkat beg plastik pun dh tak larat.









Nilah yang akan terjadi diakhir bulan.






Oleh itu jika melancong dan melencong jangan over shopping sangat walaupon x banyak tapi duit kite kan kecil terasa ler gak bebannyer. HAHA!!!





Esoknyer otw balik sempat singgah Johor Premium Outlet cuci mata jer. 














































0 ulasan:

Post a Comment