Bila tengok website online :-


Makeup time:)

Senarai mekap yang nak di add untuk Bulan JUN 2013 - SEPTEMBER 2013
duit kuar tak boleh add2 kan.....mengalir duitku
Sila jangan ikut peragai burukku ini.



  1. Minyak Wangi - Lady Gaga Black Fluid
  2. Lipstick - Riri Woo - Summer Collection 2013 (teringin nak jadi rihanna)
  3. Eyeshodow -Naked Pallet 2 by Urban Decay
  4. Powder Foundation - by Nars
  5. Brush - 217 Blending Brush by MAC

Ada sales RM140 untuk 50ML with shower gel  menarik kan??

Dah tanye beauty advisor MAC lipstick ini tak ada kat msia kena beli online baru berangan nak jadi Rihanna.
Sephora tak bawa brand ini masuk so jawapnyer cari online or beli kt singapore







Ahhhh nie nanti ku beli di MAC One Utama
Dah beli naked basic bulan lepas sekarang nak yang besar pulak...tamaknyer 






Sesungguhnya ketamakan dan pembaziran adalah amalan syaitan. Ingat tue semua nasihat pada diri sendiri jugak. :)





Sources : MR Google.

Murah dan Cantik


Inginkan Lipstick lebih tahan lama?? Gunakan lah Nyx Matte Lip Cream memang berbaloi. Selain harga yang murah, koleksi warna-warna yang menarik dan terkini. Boleh didapati di Sephora yang berdekatan. 
Hamboi macam iklan nampak.


Ini antara koleksi NYX lipstick yang deela suka. Sebab dia matte material,bila pakai matte lipstick mestilah dia mampu bertahan lebih lama dari lipstick yang mempunyai material gloss.Memang rasa mulut x cemuih lah kata org penang..betul ka aku tulis nie...memang ringan dan lembut tak rasa mcm pakai matte liptick pun. Selalu kalo pakai matte liptick nie mulut kita akan kering kan?? yang nie 100% tak...sangat selesa. Pemenang award temptalia - editor's choice award lagi. 


Tak silap deela harganya RM25.00 kat sephora. Semua orang dah tau yang NYX comestics ini terkenal dengan koleksi mekap yang mempunyai perbagai warna tak kisah dari eyeshadow, lipstick dan lain-lain lagi untuk perbagai jenis colour kulit yang lebih menarik harganya MURAH..lagi sekali MURAH kualiti setanding high end makeup yang lain dan yang paling penting haaaaaaaa dari Holloywood kau bolehlah berangan nak jadi angelina jolie jap. Tapi malangnyer deela dah berpusing2 kt sephora di paradigm mall memang dah abis stock ini. Bilalah diaorg nak restock balik tension kak temah dah berbulan-bulan tunggu nak jugak menambah koleksi colour yang lain kan.






Antara colour-colour yang menjadi pilihan..pilih2









Yang menjadi pilihan deela colur yang disukai ramai di youtube dan bloger2 yang lain  iaitu  San  Paulo.


Performance katanyer:-

 What it is: Highly pigmented, matte lip cream
• What it does: Creates various matte lip looks
• Why we love it: Delightfully creamy and lightweight, our award winning line just expanded with two captivating new shades.

Artist Tips/Suggested Use

• How to use: Apply directly to lips, or over lipstick. Apply with lip liner to define outline of lips.
Overall Rating 

copy dari website NYX cosmetics.





Boleh juga cuci mata dekat offical website mereka http://www.nyxcosmetics.com.












OHHH AKHIRNYER!!!


Akhirnya ku temui juga foundation yang serasi dengan mukaku ini. Susah nak cari yang serasi dengan muka deela bila...muka berminyak. Dah try banyak brand akhirnya tak smpai 2 jam ilang foundation tue tah kemana.  

Sebelum beli usha sana sini..google youtube dan macam2 lagi. Foundation dapat banyak review yang baik di kalangan blogger dan jurumekap antarabangsa...itulah yang terkona panahan nk membeli foundation nie. Yang paling berkesan setakat ini, foundation inilah..nk try beli makeup forever tapi tak berkesempatan lagi. Kalo dah serasi jalan jer kan, harga pun ok kalo beli kat watson baru 59.90 rasenyer. Tapi deela selalu beli time ada sales, murah sikit kan.

Colour yang deela gunakan warm gold. Setakat ni dh 2 bulan guna alhamdullilah berkesan. Deela apply dengan span atau stapling brush nak nmpak kan effect air brush lah konon. 

Sangat mengesyorkan untuk semua anda yang mempunyai masalah muka berminyak. Tapi deela nk bagitahu kita tak akan dapat foundation yang berjam2 kt muka kita nie dengan cuaca yang semakin panas. Walaupun kt botol tulis tahan 24 jam tapi janganlah expect 24 jam ada tetap kat muka kita. Teknik memakai foundation pun antara faktor untuk mengekalkan foundation dimuka kita dengan lebih lama.


Ok...Selamat membeli belah semua :)



                                                           
                     Terdapat 2 jenis untuk normal skin to dry skin dan yang ini combination skin to oily skin.









Memang banyak manusia macam nie..


Tolonglah jangan suka hendak memperkecilkan seseorang. Siapa kita nak berkata bukan-bukan pasal orang lain. Pepatah pernah berkata sebab mulut badan binasa. Semua orang dimuka bumi Allah ini tidak sempurna so tak yah nk judge2 orang lain, terutama bentuk tubuh seseorang.

Perlukan kita nak mempertikaikan bentuk tubuh seseorang. Pernah kita pandang kt cermin lihat apakah kekurangan kita??. Deela pernah mengalami begitu juga beberapa kawan dan ahli keluarga yang bertubuh besar sering di perkecilkan segelintir masyarakat.Padahal tak sebesar mana pun.Dah orang sebelah kurus bebenor nampaklah org yang berisi tu gemuk sangat.


Cuba anda berada ditempat dia apakah perasaan dia ketika itu??cuba pikir sejenak.
Dengan persekitaran sekarang ramai yang terpesona melihat wanita2 yang bertubuh seksi dan ala2 supermodel dan yang bertudung dilihat kolot dan old fashion. 

Mana kamu tahu dia old fashion???entah2 seluar dalam dia harga berapa dan kamu pun tak mampu nak beli. Apatah lagi nak tengok kan??Inilah peragai segelintir masyarakat. Terutama yang dekat bandar2 nie..kalo org tue bertudung tak nak dekat2 sebab rasa orang tue alim. Karang kena sembur pulak, kena tegur..bila orang tegur takut ..dengan tuhan tak takut ker??sedangkan tuhan dah tegur awal2 dalam Al-Quran. 
Deela bukan sempurna tapi memang terkilan dengan manusia-manusia macam nie.


Last sekali senang cite lantak koranglah yang pasti satu jadi telunjuk tunjuk kat orang empat lagi pada kita.
Oklah nk chow mari balikkkkkkkkkkkkkkkk.




Mari Bekerja...


Ehhhh....mood masih diawangan. Mana taknyer setelah balik bercuti dari chiangmai terus balik bekerja. Sakit badan2 nie pun tak abis lagi kau. Masa kt Chiang Mai sempatlah jugak buat Thai massage sambil tertidor kau. 
Al-Kisah bila balik opis rasa macam nak marah gila2 org motif??? Kerja kita org x tolong update sedangkan dah bagi list2 untuk update. Adalak hari yg kita kembali bertugas baru nk update. Tak payah meh haku buat.

Kadang-kadang terkilan juga dengan sikap beberape org dlm team aku nie. Ada yang lepas tgn ada yang buat kerja sendiri ada yang langsung x kisah..tapi bila kena sembur sorang jer kena.

Mesti semua mengalami masalah aku skrg nie. Bukan nk cari pasal atau berkira nk buat kerja since dia berkira dengan aku..apelagi boikot terus nk tolong kau. Mana taknyer bila kerja aku jer dia slow2 part kerja dia minta kita tolong mcm bas experess kt lebuh raya tue lajunya.


Senang cite WHAT TO DO MUST TO DO. 

Aku mengambil pendekatan mcm nie:-

1. Ape2 semua bertulis..ertikata lain ber email cc boss (kalo x nk tolong gak ada bukti bagi boss tembak)    jgn arap nk lepas tgn
2. Buat kerja diam2 kurang bercakap. Bila time 8.30am x da nk senyum simpul, serious buat kerja sampai lunch time mari horey2...makan time.
3. Cakap bila perlu nk bergossip guna skype dalam erti lain kita add team mate yg ngam masuk dlm group chat. So x yah sembang2. Sembang alam maya sudah tak ada sape dengar dan perasaan.
4.Bila org yang berkira tue duk lak dekat kita jgn byk conversation dengan dia ckp bila perlu x perlu x yah ckp.
5. Bila tak ada kerja buat ada kerja jugak supaya yang berkira tue tahu aku sibuk.


Yang pasti what to do must to do...itu jer pendekatan aku minggu ini. 
Selfish tapi x menyakitkan ati org lebih senang kan......okeh nak balik nie enjoiceeee semua.