Sebut pasal minyak wangi memang wanita-wanita akan berhantu, deela pun sama kalau tidak ada minyak wangi mesti jadi gila sekejap. Deela bkn jenis suka pakai minyak wangi yang berbau strong..tension doh bau kuat2., cukuplah bau bunga2 yang harum semerbak. Senarai-senarai minyak wangi kegemaranku.


1. Hypnose Lancome

Serious yang ini memang kegemaran deela sejak azali lagi..ceh bau dia yang lembut serta yang paling penting sangat2 tahan lama selalu bila deela cuci baju lepas jemur pun bau dia masih lagi melekat kat baju kome oittt..puas hati sangat Harga retail : RM350 100ml yang paling mengecewakan Lancome dah tak jual botol kecil so bulan lepas mengigih ler juga beli dekat One Utama.





setelah sekian lama tak pakai hypnose x ada minyak wangi yang dapat melawan ketahanan minyak wangi ni


2. Beyonce Pulse NYC 


Ni pun memang kegemaran deela sebab salah satunyer Beyonce ler..huhu deela memang peminat tegar dia cite bermula bila deela kehabisan minyak wangi ape lagi mengagau pergi sephora cari minyak wangi test punya test sekali yang ini tersangkut hati (ade ker ayat ni dalam kamus dewan). Baunya yang lembut pasti membuat sesiapa sahaja bertanya. Harga retail: RM170.00 (50ML) fyi hari ini kita pakai  bau nie tau semua!!!



to the left..to the left (tetiba lagu beyonce)



3. Flora by Gucci


Sejujurnya deela belum pernah menggunakan minyak wangi dari gucci selalu tengok macam menarik tapi akibat terpengaruh dengan iklan minyak wangi gucci yang meletakakan seorang gadis ditengah-tengah lautan bunga membuatkan hati membuak-buak melangkah kaki ke metrojaya The Curve. Bak kata promote tu dia pun pakai  gucci flora, dia menggunakan botol hijau, bila dia pakai semasa bersiar-siar ramai yang bertanya minyak wangi apa yang dia pakai...dengan sepoyonya aku pun terpedaya. Memang antara 3 botol tue yang hijau nie paling soft sekali. Bila pakai memang x rase pun bau tapi bila orang duk sebelah kita memang ada yang akan tanya minyak wangi ape yg kita pakai (betul cerita promoter tue!!!)  Harga Retail : RM370 (100ml)






4. Rihanna - Rogue


Macam Rihanna yang berperagai pelik minyak wangi rogue ni pun bau pelik sikit macam bau bunga cengkih tapi dicampur dengan haruman bunga. Dijadikan cerita pergi sephora berjalan-jalan setelah mendapat bonus (haha) ..sebenarnya nak mencari hadiah untuk hari jadi adik...berpusing2 sekitar area minyak wangi tue akhirnya datanglah promoter baru nak layan..biasalah diaorang nie kalo kita tak datang rupe datin sorilah nak layan sgt. Akhirnyer dia pun cadangkan minyak wangi Rihanna yang ketika itu baru jer sampai...ceh2 pantang tau baru sampai mesti lah teruja..dh tentu tak ada sapa yang pakai lagi.  LAst-last beli satu untuk adik dan untuk deela gak..kopakkkkk. Harga retail : RM150 ( 50ML)




haaa..jgn tiru seperti gambar diatas setelah memakai minyak wangi ini.






Haaaa inilah sahaja 4 minyak wangi yang pakai sekarang ini.  Tapi yang paling sayang sekali mestilah yang no 1. 


p/s: manager deela hari-hari berbau lain-lain, tak pelah abg kayaaaaaaa.





"Just lose yourself in the music and find yourself in shape at time ultimate dance fitness party"


Zumbaaaa zumba...mari-mari join nama pun sudah tukar daa




Arhgggg gemuk ohhh dah gemuk aku nie...bukan dari dulu ker gemuk?? HAHA!!! rasa-rasanya perasaan membuak-buak nak menguruskan badan telah menjelma setelah sekian lama. Kadang-kadang sejujurnya memang tertekan tapi deela selalu ambil pendekatan "ada aku kisah". Tapi setelah berjaya menurunkan badan 4 kg bulan lepas + berjogging + makan shaklee semangat terus datang. 

Tapi masalah bila berjogging nie kalo hujan memang tak mungkinlah nak keluar, bertambah pula cara hidup yang busy (merayau sana sini) tak terhenti-henti .Kasut PUMA yang baru ku beli tersimpan berbalut kembali. 

Ahhh peluang datang bila member tempat sekerja ajak join sekali  berzumba-zumba sbb masa itu ada offer ( 10 kali = RM100 ) dekat opis pulak lagi senang. Ehh murahler...tapi apa itu zumba-zumba ekkkk?? terpikir jap sbb duit nak melompat keluar ni.  

Sumber dari Wikipedia :-

Zumba

From Wikipedia, the free encyclopedia
For other uses, see Zumba (disambiguation).
Zumba Fitness
Founded2001
Founder(s)Alberto "Beto" Perez,
Alberto Perlman,
Alberto Aghion
Headquarters800 Silks Run, Suite 2310
Hallandale, FL
Employees217
Websitewww.zumba.com
Zumba is a dance fitness program created by Colombian dancer and choreographer Alberto "Beto" Perez during the 1990s.[1]
Zumba involves dance and aerobic elements. Zumba's choreography incorporates hip-hop,socasambasalsamerenguemambo and martial artsSquats and lunges are also included.[2] Zumba Fitness, an organization that sells Zumba videos and products, does not charge licensing fees to gyms or fitness centers.[3] Approximately 14 million people take weekly Zumba classes in over 140,000 locations across more than 185 countries.[



Ok Zumba rupanya aerobic + dance..wah menarik ok onnnnn... Hari pertama huh leh tahan ramai jugak instructor tue ok sporting class mate pun baik2 dan sporting habis. Lepas balik umah ambik kau sakit seluruh badan apelagi makan ubat tahan sakit ler.  



Alhamdullilah hari ini nak masuk kelas yang ke5 makin hari makin banyak berpeluh dan makin best pula. Nanti kan dah masuk bulan posa mase ini lah nak menguruskan badan haha!!!



Sempat posing..posing 




ok kali ini posing kurus sikit nohhhh




Alhamdullilah dah nak masuk 5 kelas dah




p/s : Nanti update lagi kalo turun ler berat badan nie..hua hua!!!




































Belek punya belek inbox gmail ambil kau sehari dah puluh-puluh email masuk siap tak baca lagi. Haaa pada kaki2 makeup apa lagi grab ler discount istimewa dari sephora ni tapi untuk ahli sahaja. Pemegang kad putih sephoralah untung kau!! Baru tadi pergi kaunter chanel ingat nak mencari powder foundation aleh2 dapat email nie lagilah hati berbunga2 nasib tak beli tadi. RM200 - 20% = RM 160.00 okeh jimat RM40.00 OMG!!!!! Tapi rase mcm chanel tak ade jer kt dlm sephora (kecewa). 

Ape pun selamat membeli belah bawa BFF sorang kemudian daftar jadi ahli terus dapat 20% bukan senang ok one shot dapat discount slalu dah cukup 250 mata baru dapat discount 10%, lompat2 katak korang dlm sephora tue nanti yea. Selamat mencantikan diri + habiskan duit.


Byeeeeee...........:)

Haaaa....pada yang kaki wayang macam deela ni sila ambil perhatian !!!!! minggu ni dan minggu depan memang cerita yang meletopzzz menanti anda. Pastikan rajin-rajin kepawagam yea..jangan risau review akan menyusul. 




1. Edge of  Tomorrow   (29/May/14)


Bila ada Tom Cruice tak boleh buat ape mesti tonton cite mesti gempak punya



2.  Maleficent (29/May/14)


Fyi: Deela tak pernah tinggal cite lakonan Angelina Jolie



3. X men: Days of Future Past (22/May/14) 

Dengar cite ade orang nk belanje hari sabtu nie Alhamdullilah jimat doh!!!


Bulan depan lagi cita best2..alamak kayalah TGV!!!
Note: Nak jimat sekarang citibank clear card (credit card) ada promosi beli satu percuma satu pada hari jumaat sahaja. Cathay Cineplexes Mutiara Damansara pun sama...kan dah jimat tue.  
Bulan lepas sempat berkunjung di Penang Interactive Musuem, di pulau pinang semestinyer. Bayaran masuk RM15.00 seorang. Memang menarik bagi siapa yang gemarkan lukisan 3D dan yang paling penting bagi kita2 yang suka bergambar gitu. Nampak realkan??? Oklah apa lagi kalo berkesempatan silalah kesana. xoxo Deeela.

Selfie yang dipenuhi orang dibelakang


Nie kisah trowback sebab dah lama x "berblog" akibat kesibukan yang luar biasa cehwah ayat x boleh blah. Orang yang nak pergi sangat tue sape lagi adindaku yang 2 orang tue. Excited terlebih sampai siap buat group dlm whatapps "mission to uss". 

Beli ticket digroupon



Dijadikan kisah masa time2 nak pergi, groupon pun buat offer so apelagi cepat2ler pergi memborongkan. Senang sikit beli siap2 tak ler smpai sana melopong nantikan. Kira kami pergi dalam bulan 12 tahun lepas. Bulan 12 ok sikit sebab duit tengah kepul almaklumlah baru dapat bonus apelagi kite kasi habislah kan. 
Part ni paling best sekali sehari sebelum nak ker Johor Bahru, adik deela yang no2 tue muntah tak henti2 aihhhh potong mood betul. Tapi doa2 gak ler esok dia ok.

Hari yang dinanti telah tiba..aikkk minah nie muntah lagi, tak boleh jadi mak deela ajak kami empat beranak ke hospital. Kami pun pergilah ke Hospital sementara dia masuk air deela dan mak bergegas pergi ke puncak alam nak ambil adik deela yang kecil sekali diUITM sana..rushing giler bawak kereta pun dh macam formula 1. 

Mood kami semua down tengok adik deela, diyana yang tgah masuk air lagi, mak,abah,nadira dan deela pun balik umah. Seelok sampai jer depan pintu rumahku..aikk minah nie phone lak cakap dh boleh kuar, mintak kuar cepat almaklumlah dr tue kawan dia masa study kt UM tue. Bergegaslah kami balik ke Hospital. 

Diyana yang pagi tadi muntah mcm org giler, dia lak excited nk pergi..aishhh budak nie kami pun 5 beranak pun lebuh ler ke JB sampai ler kami di JB dalam pukul 8 malam. Apalagi kami terus menuju ke Hotel yang telah ditempah.

TUNE Hotel JB

Pegang boleh bukak tv x boleh kalo nak sila tambah duit

Disebabkan kami memilih untuk menaiki bas ke singapura kami memilih hotel ni, sbb mereka menyediakan bas terus ke USS. Tak silap deela masa booking hotel tue boleh beli sekali ticket bas. Disebabkan kami telah lewat sampai kaunter ticket bas pun dah tutup jadi kenalah bagi2 buta esok pergi reedem kt kaunter mereka. Jangan risau kaunter mereka bawah hotel nie jerr haa. 

Paling best hotel kt sini kalo nk aircord tambah duit, nak tengok tb tambah duit, nak wifi tambah duit ikutkan semua tambah duitlah nasib adik deela dh beli siap bilik dengan aircond.
Bilik kompak tapi menarik dan kemas ala nk tidor je kan nk 5 star buat ape. Tilam pun best. 


Hari Bersuka Ria telah tiba


sempat selfie sementara tunggu bas tak kunjung tiba.



Hari ini pukul 6 pagi dah bangun siap-siap cepat sebab nak reedem ticket pukul 7. Tunggu punya tunggu x sampai dekat pukul 8 jugak ler kami bertapa kat bawah nie.  Akhirnya bas pun tiba kami dapat menaiki bas pertama.  Akibat kepenatan turun bas naik bas sbb nak chop passport akhirnya kami terlelap dalam bas setelah memasuki Singapore adalah dalam 30 minit perjalanan dari tambak johor.


Kami sampai Hoyehhhh


Wajib ambil gambar globe nie famous seantero dunia

Wajib ambil gambar sekali bukan senang hero sorang tue nk pandang kamera

Budak excited nak masuk madagascar


Shrek 4D menarik ngn kerusi-kerusi bergoyang



Jurassic Park best giler!!!

The mummy return pun best tapi x sempat masuk manusia ya ramainyer

Tak yah pergi mesir kt singapore pun adooo ala2 habibi ya maulana

Ambil lagi byk2 gambo kt globe asyik ade org jer yg kt belakang tue 

Abah hamboi 

Lapor masing2 rasa mcm tut harga sorg mkn boleh cover 5 orang mkn so kalo 5 org mkn boleh cover brapa org cer darab

Ala-ala kt mesir gitu.








Shopping jangan x shopping muka pun dah sememeh habis ler duit dalam RM500 ringgit mana tak nyer beli tshirt dh 3 helai budget kaya nak bagi cenderamata tak tau duit kita kecil, tapi apesalahnyer kan bukan kita nak pergi lagi pun seumur hidup sekali jelah kot. 

Lagi gambar :- 














Dan inilah akibat berjalan sakan sampai nak angkat beg plastik pun dh tak larat.









Nilah yang akan terjadi diakhir bulan.






Oleh itu jika melancong dan melencong jangan over shopping sangat walaupon x banyak tapi duit kite kan kecil terasa ler gak bebannyer. HAHA!!!





Esoknyer otw balik sempat singgah Johor Premium Outlet cuci mata jer. 





















































Filem yang dinanti telah kembali dengan skual terbaru. Godzilla atau bahasa asalnya berbunyi gojira (dipetik dari bahasa jepun).

Skual terbaru ini adalah filem yang menarik untuk ditonton takkala kita selalu dilempahi dengan cerita-cerita superhero yg menjadi trending sekarang.

Memang menarik jalan ceritanya,bagi deela tidak terlalu mempersonakan ttapi masih lagi membuat diriku terpaku kerana pengarah sedaya upaya memasukkan elemen suspen dlm perceritaannya. 

Menceritakan ttang kisah godzilla bertarung bersama 2 dua mahkluk bernama muto. Kisah bermula apabila joe yang berkerja dilogi nuklear dijepun mengesan adanyer gegaran dari bawah tanah loginyer. Isteri tercinta mengetuai pencarian kebocoran yang berlaku dilogi bawah tanah tersebut. Kebocoran telah pun berlaku, isteri joe dan kumpulannya terpaksa berpatah balik apabila terlihat kebocoran asap dtg dari depan..cuba berlari secepat mungkin untuk kembali keatas. Joe yang telah diberitahu oleh pasukkan untuk menutup pintu bawah tanah sedaya upaya berlari utk mendapatkan isteri beliau akan ttapi asap radiasi tlah sampai ke pintu trsebut menyebabkan joe terpaksa menutup pintu tersebut. Isteri joe tidak sempat berlari ke pintu tersebut akibat terjatuh. Joe yang menangis dipintu terkejut apabila melihat isterinya. Isterinya hanya sempat untuk memberitahu joe agar menjaga anak lelaki mereka bernama ford.
Haaaaa...penat menaip.

Selanjutnyer tgok sendiri..mana aci cita panjang2.
Silalah kepawagam yang berdekatan.
🌟🌟🌟🌟 dari 5.

Xoxozilla,


Deela.



Ibu...mak..mummy..bonda mungkin bicara lain tapi hakikatnya ttap sama panggilan mak telah 28 tahun ku sebut terima kasih buat mak tersayang yang melahirkan ku dan membesarku tanpamu siapalah anakmu ini tiada apa yang dapat   Ku bayar kembali segala pengorbanan yang telah kau korban selama ini.