Omgggg minyak wangi lagi..yess betul deela memang kaki minyak wangi..tidak boleh dipisahkan lagi. Wanita dengan minyak wangi kan BFF gitu!!. 

Kali ini deela bagi review sikit pasal Bvlgari Mon Jasmin Nior.


Kristin Dust sebagai duta Bvlgari Mon Jasmin Nior (thank to MR.G)




Bvlgari Mon Jasmin Nior 50ML

Dengan bunga melati, berlian minyak wangi dan simbol kecantikan dan kemewahan, itulah yang boleh digambarkan apabila anda menggunakannya. Muda, moden, dan sangat halus, dengan nota atas cedrat emas citrus dan Lembah bunga teratai,  dengan eau de Parfum dazzles deria anda  akan terpesona dengan bauannya. Mendapat anugerah Perfumers Sophie Labbe, penciptanya Olivier Polge dari Bvlgari memang terkenal dengan bau2 classic dan elegen mewah.


Nota: 
Golden Cedrat, Lily di Lembah, Jasmine Sambac, Angelwing Jasmine, musky Nougatine, Cedar, Nilam. 
Gaya: 
Bercahaya. Elegan. Ketagihan. (apa lah maksud  bercahaya & ketagihan bila pakai bau nie)


source : Mr.Google.


wah mewah sgt siap ada note lagi ceh jakun jap

sukanya botol mcm nie mmg gaya classic sgt

Cara nak menggunakannya.. on off pusing jangan tak pusing.. ok karang spray2 x keluar pula

gambaran dari atas

Sejujurnya bau Mon Jasmine Nior ini seakan bau Rihanna Rouge tapi lebih lembut..bila deela menggunakannya memang terasa classic sangat2. Tapi mereka yang tidak berminat bau classic deela sarankan janganlah beli sbb pada mulanya deela pun x berkenan sebab terang-terang tulis Jasmine kt situ. Tapi jangan pandang dari rupa memang tak ada pun bau jasmine langsung. 


Setelah menggunakannya selama 5 jam bau masih melekat lagi.,walaupun deela sebenarnya spray sikit aje. Sekarang tepat pukul 12 baunya masih ada tapi semakin pudar..walaubagaimana pun, masih boleh"terbau" ditangan.


Dengan itu deela berikan 3 bintang dari 5.  


p/s: Deela sarankan gunakn Mon Jasmine Nior pada waktu malam mungkin lebih menusuk kalbu. :)




Set Victoria Secret Passion Struck

Rasanya produk ini telah dilancarkan di US pada bulan 2 tahun ini sempena Valentine tapi kalau tak salah deela baru lagi sampai di Malaysia.Victoria Secret pada tahun ini memperkenalkan Passion Struck sebagai list terbaru mereka. Seperti yang diiklankan oleh jenama ini koleksi ini adalah  sebagai wangian yang "membakar semangat dan intensiti". 
Produk ini terdiri pelbagai  rangkaian penjagaan kulit badan dan wangian seperti Butter lotion , gel mandian dan losyen badan. Anda boleh merasakan yang aroma wangi ini akan menyebabkan ketagihan. (ada ke ketagihan??hehe)Dari segi tekstur pula, formula wangian ini mengandungi lidah buaya, oat dan anggur benih ekstrak untuk memberikan kelembapan yang mendalam. 

Losyen ini mudah untuk digunakan, dengan tekstur yang lembut, dan pada mulanya mungkin anda akan berasa sedikit berminyak  tetapi selepas itu ia akan  menyerap dengan baik ke dalam kulit. Dari sudut  haruman, produk ini terdiri dari  Fuji epal dan vanila orkid sebagai  nota utama. 

Jika anda suka buah berair eksotik dan wangian bunga mewah, losyen ini adalah bernilai untuk dicuba. Apabila anda  gunakannya akan membuatkan anda merasa yakin, seksi dan  lembap gitu. 


Ok..time untuk bagi markah:-

Tekstur: 7/10 

Tekstur agak tebal, sedikit berminyak apabila disapu, kemudian akan menyerap pelahan-lahan

Fragrance: 8/10 

Gabungan indah berair sitrus nota buah-buahan dan bunga putih mewah. 

Prestasi: 9/10 

Wangian ini pasti tahan lama kerana anda boleh bau ia selama berjam-jam  pada kulit. 

Perasaan Kulit: 7/10 

Kulit berasa lebih lembut, seperti sutera dan ringan lembap.


Harga untuk set ini RM66.00 murahkan...

Tips: Untuk bau lebih tahan lama sila gunakan shower gel kemudian lotion dan body mist pasti anda akan wangi seharian...cehwah!!! :)


Hydrating Body Lotion, Body Mist & Shower Gel 




Deela ini bukan jenis suka lotion tapi sebab wangi tiap2 malam sapu derr!!!

** Masuk bilik Manager dia ckp wanginyer bau awk ini..saya suka bau ni lembut sangat (aku senyum sinis je sbb dah rasa lain macam jer hehe!!!)