Set Victoria Secret Passion Struck |
Rasanya produk ini telah dilancarkan di US pada bulan 2 tahun ini sempena Valentine tapi kalau tak salah deela baru lagi sampai di Malaysia.Victoria Secret pada tahun ini memperkenalkan Passion Struck sebagai list terbaru mereka. Seperti yang diiklankan oleh jenama ini koleksi ini adalah sebagai wangian yang "membakar semangat dan intensiti".
Produk ini terdiri pelbagai rangkaian penjagaan kulit badan dan wangian seperti Butter lotion , gel mandian dan losyen badan. Anda boleh merasakan yang aroma wangi ini akan menyebabkan ketagihan. (ada ke ketagihan??hehe)Dari segi tekstur pula, formula wangian ini mengandungi lidah buaya, oat dan anggur benih ekstrak untuk memberikan kelembapan yang mendalam.
Losyen ini mudah untuk digunakan, dengan tekstur yang lembut, dan pada mulanya mungkin anda akan berasa sedikit berminyak tetapi selepas itu ia akan menyerap dengan baik ke dalam kulit. Dari sudut haruman, produk ini terdiri dari Fuji epal dan vanila orkid sebagai nota utama.
Jika anda suka buah berair eksotik dan wangian bunga mewah, losyen ini adalah bernilai untuk dicuba. Apabila anda gunakannya akan membuatkan anda merasa yakin, seksi dan lembap gitu.
Ok..time untuk bagi markah:-
Tekstur: 7/10
Tekstur agak tebal, sedikit berminyak apabila disapu, kemudian akan menyerap pelahan-lahan
Fragrance: 8/10
Gabungan indah berair sitrus nota buah-buahan dan bunga putih mewah.
Prestasi: 9/10
Wangian ini pasti tahan lama kerana anda boleh bau ia selama berjam-jam pada kulit.
Perasaan Kulit: 7/10
Kulit berasa lebih lembut, seperti sutera dan ringan lembap.
Harga untuk set ini RM66.00 murahkan...
Tips: Untuk bau lebih tahan lama sila gunakan shower gel kemudian lotion dan body mist pasti anda akan wangi seharian...cehwah!!! :)
Harga untuk set ini RM66.00 murahkan...
Tips: Untuk bau lebih tahan lama sila gunakan shower gel kemudian lotion dan body mist pasti anda akan wangi seharian...cehwah!!! :)
Hydrating Body Lotion, Body Mist & Shower Gel |
Deela ini bukan jenis suka lotion tapi sebab wangi tiap2 malam sapu derr!!! |
** Masuk bilik Manager dia ckp wanginyer bau awk ini..saya suka bau ni lembut sangat (aku senyum sinis je sbb dah rasa lain macam jer hehe!!!)
0 ulasan:
Post a Comment