Minyak wangi saya ketika ini..

, , No Comments
Sebut pasal minyak wangi memang wanita-wanita akan berhantu, deela pun sama kalau tidak ada minyak wangi mesti jadi gila sekejap. Deela bkn jenis suka pakai minyak wangi yang berbau strong..tension doh bau kuat2., cukuplah bau bunga2 yang harum semerbak. Senarai-senarai minyak wangi kegemaranku.


1. Hypnose Lancome

Serious yang ini memang kegemaran deela sejak azali lagi..ceh bau dia yang lembut serta yang paling penting sangat2 tahan lama selalu bila deela cuci baju lepas jemur pun bau dia masih lagi melekat kat baju kome oittt..puas hati sangat Harga retail : RM350 100ml yang paling mengecewakan Lancome dah tak jual botol kecil so bulan lepas mengigih ler juga beli dekat One Utama.





setelah sekian lama tak pakai hypnose x ada minyak wangi yang dapat melawan ketahanan minyak wangi ni


2. Beyonce Pulse NYC 


Ni pun memang kegemaran deela sebab salah satunyer Beyonce ler..huhu deela memang peminat tegar dia cite bermula bila deela kehabisan minyak wangi ape lagi mengagau pergi sephora cari minyak wangi test punya test sekali yang ini tersangkut hati (ade ker ayat ni dalam kamus dewan). Baunya yang lembut pasti membuat sesiapa sahaja bertanya. Harga retail: RM170.00 (50ML) fyi hari ini kita pakai  bau nie tau semua!!!



to the left..to the left (tetiba lagu beyonce)



3. Flora by Gucci


Sejujurnya deela belum pernah menggunakan minyak wangi dari gucci selalu tengok macam menarik tapi akibat terpengaruh dengan iklan minyak wangi gucci yang meletakakan seorang gadis ditengah-tengah lautan bunga membuatkan hati membuak-buak melangkah kaki ke metrojaya The Curve. Bak kata promote tu dia pun pakai  gucci flora, dia menggunakan botol hijau, bila dia pakai semasa bersiar-siar ramai yang bertanya minyak wangi apa yang dia pakai...dengan sepoyonya aku pun terpedaya. Memang antara 3 botol tue yang hijau nie paling soft sekali. Bila pakai memang x rase pun bau tapi bila orang duk sebelah kita memang ada yang akan tanya minyak wangi ape yg kita pakai (betul cerita promoter tue!!!)  Harga Retail : RM370 (100ml)






4. Rihanna - Rogue


Macam Rihanna yang berperagai pelik minyak wangi rogue ni pun bau pelik sikit macam bau bunga cengkih tapi dicampur dengan haruman bunga. Dijadikan cerita pergi sephora berjalan-jalan setelah mendapat bonus (haha) ..sebenarnya nak mencari hadiah untuk hari jadi adik...berpusing2 sekitar area minyak wangi tue akhirnya datanglah promoter baru nak layan..biasalah diaorang nie kalo kita tak datang rupe datin sorilah nak layan sgt. Akhirnyer dia pun cadangkan minyak wangi Rihanna yang ketika itu baru jer sampai...ceh2 pantang tau baru sampai mesti lah teruja..dh tentu tak ada sapa yang pakai lagi.  LAst-last beli satu untuk adik dan untuk deela gak..kopakkkkk. Harga retail : RM150 ( 50ML)




haaa..jgn tiru seperti gambar diatas setelah memakai minyak wangi ini.






Haaaa inilah sahaja 4 minyak wangi yang pakai sekarang ini.  Tapi yang paling sayang sekali mestilah yang no 1. 


p/s: manager deela hari-hari berbau lain-lain, tak pelah abg kayaaaaaaa.




0 ulasan:

Post a Comment